hari gawai 2025

Pertindihan Hari Kelepasan Gawai Dan Hari Keputeraan YDPA

“Kenapa pulak Hari Keputeraan Agong dan Hari Gawai boleh bertindih? Tak boleh pilih satu jak ka?”

Sebenarnya, bukan soal boleh pilih suka-suka, tapi ikut peruntukan undang-undang.

Menurut Seksyen 104(1) Ordinan Buruh Sarawak — Hari Keputeraan Agong adalah hari kelepasan wajib. Tak boleh diganti dengan hari lain.

Tapi Hari Gawai, walaupun penuh makna budaya dan semangat orang Sarawak, ianya tergolong sebagai hari kelepasan pilihan, berdasarkan adat dan budaya pekerja.

Maka bila dua hari ini jatuh serentak pada 2 Jun 2025, hak pekerja tetap dipelihara dengan bijaksana. Pekerja yang memang diberi cuti Hari Gawai, akan diberi cuti ganti pada 3 Jun 2025.

Namun jika ada persetujuan antara majikan dan pekerja, tarikh cuti ganti boleh diubah ikut kesesuaian masing-masing. Inilah dia keindahan perundangan yang fleksibel tetapi tegas.

Tambahan lagi, kalau 1 Jun 2025 jatuh pada hari rehat, maka pekerja yang diberi cuti Hari Gawai, boleh ambil ganti pada 3 Jun juga, sebab 2 Jun dah dikira untuk Hari Keputeraan Agong.

Kesimpulannya? Undang-undang bukan tak sensitif, cuma dia ikut sistem, bukan ikut sentimen. Sarawak tetap diraikan, Agong tetap dihormati, dan pekerja tetap dilindungi.

Untuk penerangan lanjut tentang cuti bertindih ini, sila dapatkan info yang sahih daripada pihak berwajib.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *