Cuti Peristiwa Hari Raya Aidilfitri 2025
Info terkini tentang cuti peristiwa sempena Hari Raya Aidilfitri 2025!
Terdahulu Kerajaan Negeri Terengganu, Kedah dan Kelantan mengumumkan hari Ahad ini (30 Mac 2025) sebagai Hari Kelepasan Am sempena Aidilfitri. Perkara ini diberitahu oleh Menteri Besar masing-masing.
Ia bertujuan bagi memberi peluang kepada rakyat Kelantan membuat persiapan Aidilfitri dan mengeratkan hubungan bersama keluarga.
Lihat juga >> Cuti Umum 2025
Dalam pada masa yang sama, diharapkan cuti peristiwa Hari Raya ini ianya juga dapat untuk mengurangkan kesesakan jalan raya bagi negeri-negeri yang terlibat.
Sebelum itu, cuti umum bagi Hari Raya Aidilfitri 2025 bagi seluruh negeri di Malaysia adalah ditetapkan pada hari Isnin dan Selasa (31 Mac & 1 April 2025).
Cuti peristiwa sempena Aidilfitri di Kelantan, Terengganu, dan Kedah pada tahun 2025 akan membolehkan rakyat di negeri-negeri ini meraikan kemenangan selepas sebulan berpuasa. Dengan adanya cuti ini, diharapkan semua dapat menikmati perayaan dengan penuh kegembiraan dan makna. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, semoga segala amalan puasa kita diterima Allah S.W.T dan kita semua dapat merayakannya dengan ceria.
Anda mencari template surat perjanjian?
Pelbagai jenis perjanjian disediakan >> Surat Perjanjian