Kedah umum 1 Februari 2026 cuti peristiwa sempena Thaipusam
Kerajaan Negeri Kedah telah mengisytiharkan 1 Februari sebagai cuti peristiwa sempena sambutan Thaipusam.
Keputusan tersebut dibuat dan dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, semalam.
Berdasarkan surat rasmi kerajaan negeri yang ditandatangani oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Datuk Dr Nadzman Mustaffa, pengisytiharan cuti peristiwa berkenaan adalah selaras dengan peruntukan Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369).
Surat rasmi tersebut telah diedarkan kepada ketua-ketua jabatan negeri dan Persekutuan, ketua badan berkanun negeri dan Persekutuan serta pihak berkuasa tempatan, dan turut dimuat naik di laman Facebook Muhammad Sanusi hari ini.





